Thursday, June 30, 2011

10 Keutamaan Menghubungkan Ukhuwah


saya petik dpd wasiat Imam Syafie :

orang yg menjaga ukhuwah akan mendapat 10 keutamaan

1) mendapat keredhaan Allah krn Allah amat suka kpd orang yg menghubungkan ukhuwah,begitu juga penduduk langit.

2) menggembirakan para malaikat di langit krn mereka amat suka kpd orang yg menghubungkan ukhuwah.

3) Dapat menambahkan pahala amalnya setelah dia meninggal dunia kelak.

4) Dapat menimbulkan rasa kasih sayang dlm pergaulan seharian.

5) Rezeki bertambah & berkat.

6) Allah S.W.T melanjutkan usianya.

7) Menjadikan iblis & syaitan semakin bertambah gelisah & sakit hati.

8) Disegani & dihormati dlm masyarakat.

9) Dapat menggembirakan jenazah yg berada di alam barzakh.

10) Dapat membina kegembiraan kpd kedua belah pihak, tiada amalan yg lebih baik melainkan menggembirakan hati org2 yg beriman.

p/s : bersama-samalah kita bermuhasabah diri ye ^_^ semoga amalan kita diberkatiNya,,insyaAllah..

Monday, June 27, 2011

✿ Semoga kita berjumpa Mr/Mrs.Right ✿

          

 Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.
 
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

  Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

  Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang bersama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

  Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

  Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

  Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

  Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

  Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

  Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

" Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Thursday, June 16, 2011

Allah selamatkan kamu



Allah selamatkan kamu..2x
Allah selamatkan Nur haniza bt Abd Razak
Allah selamatkan kamu..

Alhamdulillah..genap 22 thn & Allah masih mengizinkan aku utk terus hidup di ats muka bumi ciptan-Nya
Terima kasih Ya Illahi..

utk hari lahir aku nie,bkn kek yg aku harapkn or hadiah yg mahal2..ckup la skdr doa kalian semua utk kesejahteraan aku..itu pn aku dh terlebih bersyukur..

Ya Rabbul Izzati,Kau panjangknlh usiaku agar aku dpt berbakti kpd kedua org tuaku,,Kau murahknlah rezekiku agar aku dpt m'bantu kedua org tuaku,,Kau perluasknlh pintu kejayaan bg ku agar aku dpt mengubah masa depanku,,dan Kau ringanknlh jodoh buatku agar aku bahagia dunia akhirat,,Kau pertemukanlah aku dgn lelaki yg kuat pegangan agamanya agar dia dpt membimbing aku ke jln yg Engkau redhai..
Amin Amin Ya Rabbal Alamin..

Tuesday, June 14, 2011

Usia mematangkan manusia


haaa mlm nie tetiba je tergerak hati nk cter psl usia..apa ade pd usia sbnrnya yek??klu kita nilai betul2,usia nie bkn sekadar nombor semata2 tp tersirat satu garisan masa yg membentuk kematangan manusia..waahh ayt aku power gak.huhu...ok skg serius,,setahun demi setahun usia kita bertambah kn??itulah tandanya kita sdg menaiki tangga menuju tahap kematangan.cthnya,,jk dulu seseorg 2 kurg pndai skg dh makin bijak,,jk dulu jahil skg dh berilmu,,jk dulu hot temper skg dh boleh bersabar,,yg bezanya cuma cepat or lambat je org 2 nk capai kematangan.
so,berusahalah tanpa rasa jemu demi mencapai kematangan diri & selalulah berdoa smoga Allah mematangkan usia kta,,