Sunday, July 8, 2012

Tips Memilih Pasangan





Assalamualaikum..

sebenarnye ramai yang tertanya2 mcm mana kita nak cari pasangan yg boleh membawa kita ke syurga abadi termasuklah saya..yela siapa yang taknak teman hidup yang soleh & solehah kan? kalau tanya rokers2 atau mat or minah rempit pun for sure mereka juga ingin pasangan hidup yg terbaik.

Tips 1 : perkara paling asas sekali kita tengok sama ada pasangan kita or org yg kita suka tu solat atau tak..cukup tak 5 waktu? sebab kalau dia menjaga solatnya in sha Allah yg lain2 pun dia mmpu jaga dgn baik. Kalau dia tak solat better pertimbangkan semula sama ada nak teruskan hubungan tu or tak..ade pepatah mengatakan manusia boleh berubah..yes!! mmg manusia boleh berubah tapi bagi yang taknak ambil risiko, lebih baik jangan teruskan..

Tips 2 : ni mungkin sesuai untuk mereka2 yg sedang hangat bercinta..ketika sedang berjumpa pernah tak ibu pasangan korang tu call dia? then mcm mana reaction dia? adakah " awak sekejap ye ibu saya call, maybe ada hal penting " ATAU " ahh, malas la saya nak layan , ibu saya ni sebok je call time kita dating "  ok dah terang lagi bersuluh..kalau dia jawab mcm yang pertama tu, yes pilih la dia sbb kalau dia layan ibunya dgn baik in sha Allah dia mampu layan kita dgn baik juga..tapi kalau dia jawab mcm yg kedua tu, say good bye je la~~ mcm mana pula kalau dia berlakon dpn kita? tak kan lah selamamya dia boleh berlakon kan? ada masanya dia pasti tunjukkan belangnya.

Tips 3 : ade pasangan yang dah lama bercinta tapi tak tau mcm mana nak uji IQ pasangan kita tentang agama..ok mudah je..waktu nak pergi dating, korang bawaklah Al-Quran bersama then mintak tolong dia ajarkan bacaan dengan tajwid yang betul..takpe kalau dia x dapat ajar time tu tapi percayalah lepas tu dia akan nekad utk belajar tajwid sbb bimbang kita akan tanya lagi dikemudian hari..osem tak? ^_^ hihihi...good trying kay

Tips 4 : bila dah lama bercinta mesti ada gaduh2 kan?betul tak? okay cuba tengok setiap kali pasangan korang marah atau bengang, apa kata2 yang terkeluar dari mulut dia? dan mcm mana pula nadanya? mesti ada yang akan tengking2 atau tinggikan suara dan ada juga yang cool sambil berkata " takpe lah saya taknak besarkan masalah "emm kalau dia jawab macam yg kedua tu memang superb laa..so the decision is in your hand and it's up to you nak teruskan or tak :)

Tips 5 : ok tips ni saya nak fokuskan untuk golongan wanita sahaja..setiap kali bergaduh pernah tak lelaki tu angkat tangan dgn korang?sepak terajang?tumbuk? beruntung la kalau tak pernah..tapi bagi yang pernah, better jangan teruskan niat nak bersama dgnnya sebab kalau belum ada pape ikatan pun dia berani sakiti kita apatah lagi bila dah berkahwin dah ada ikatan yg sah..naudzubillah..

ok lah apa2 pun yg sy tulis kat sini semuanye adalah pendapat saya semata-mata..saya yakin setiap orang ada pendapat tersendiri.. ^_^