Sunday, November 27, 2011

Tips Memilih SAHABAT Menurut Islam














Islam telah menggariskan beberapa syarat yang perlu kerana seseorang
itu akan dinilai melalui siapakah sahabatnya. Seterusnya sahabatnya
dapat menjadi cermin bagi dirinya dan begitulah sebaliknya. Untuk
mencari sahabat yang dapat menjamin kehidupan yang lebih bermakna,
ikutilah syarat-syarat berikut :

a. Hendaklah bersahabat dengan orang yang berakal kerana bersahabat
dengan orang yang jahil atau kurang akal akan menjerumuskan diri
kearah keburukkan seperti seseorang yang sabar akan menjadi cepat
marah atau sebagainya.

b. Hendaklah bersahabat dengan orang yang berakhlak mulia kerana
sahabat yang berakhlak mulia akan menyelamatkan diri kita
sebagaimana pesanan Alqamah kepada anaknya: “Jika engkau ingin
bersahabat, carilah sahabat yang boleh membantu di waktu kesusahan,
yang boleh menyembunyikan keaiban dan kesalahan yang dilakukan, yang
menolong di waktu kesempitan, yang akan membalas kebaikanmu dengan
kebaikan juga, yang membenarkan katamu selagi engkau berkata benar
dan yang akan menyebelahimu apabila berlaku perbalahan”.(mafhum
riwayah) Dan kerana itu jugalah Jaafar As-Siddiq r.a berkata :
“Janganlah engkau bersahabat dengan lima golongan ini iaitu orang
yang banyak berdusta, orang yang kurang akal, orang yang kedekut,
orang yang penakut serta orang yang fasik. (mafhum riwayah)
c. Hendaklah bersahabat dengan orang yang baik hati dan beragama
iaitu tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa
kecil. Islam menegah bersahabat dengan orang yang fasik kerana akan
menyebabkan seseorang itu akan meringankan perbuatan maksiat dan
tidak berusaha menegah perbuatan tersebut apabila berlaku di dalam
masyarakat. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: “Seseorang itu akan
mengikut agama kekasihnya dan mengikut akhlak sahabatnya, maka
tiliklah siapakah yang engkau akan jadikan sahabat dan kekasihmu
itu”. (mafhum hadis)

d. Hendaklah bersahabat dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dilarang
bersahabat dengan ahli bid`ah seperti ahli Muktazilah kerana ia
merosakkan agama, sedangkan berpegang kepada ajaran agama adalah
satu kemestian dan tiada tolak ansur dalam perkara menolak kerosakan
agama ini.

e. Hendaklah bersahabat dengan orang yang tidak condong kepada
kemewahan dunia yang berlebih-lebihan (zuhud). Bersahabat dengan
orang yang hanya memikirkan dunia akan menyebabkan kita melupakan
agama dan kehidupan akan datang di akhirat kelak. Akhirnya akan
memberi kemuliaan di dunia yang tiada kesinambungannya dengan
akhirat.

f. Hendaklah bersahabat dengan orang yang benar, cerdik, amanah dan
banyak berzikir kepada Allah, sebagaimana firman Allah yang
bermaksud :
“Janganlah kamu ikuti orang yang kosong (lalai) hatinya daripada
mengingati. Aku dan orang yang mengikut hawa nafsunya
sahaja”.(mafhum)





Wednesday, October 19, 2011

Mengungkit Pemberian dan Menyebarkan Rahsia orang Lain adalah Satu Dosa Besar

MENGUNGKIT PEMBERIAN


Mengungkit pemberian ialah menyebut2 kembali pemberian yg telah diberikan kpd ornag lain. Sifat ini timbul drp sifat tdk ikhlas, yg mengharapkan org yg menerima itu membalas kembali kebaikannya. Sekiranya org yg menerima itu tdk membalas dgn kebaikan atau membalas dgn kejahatan,maka dia mengungkit dan menyebut pemberiannya (kebaikan) yg pernah dilakukan dahulu dan mencela pula org yg menerima pemberian itu atas alasan dia tdk membalas jasa.

Perbuatan demikian adlh dicela dan berdosa dlm Islam, bahkan termasuk dosa besar krn cara demikian bukan shj boleh menyakiti hati org lain tetapi boleh memalukan maruah org itu serta boleh memecahkan hubungan persahabatan.

Allah berfirman di dalam Al-Quran :

Maksudnya : "Wahai orang yang beriman janganlah kamu membatalkan sedekah kamu dengan cara mengungkit-ungkitnya dan menyakiti hati orang yang menerimanya" (surah al-Baqarah ayat 264)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Ada tiga golongan orang yang tidak dapat masuk syurga; orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa, peminum arak dan orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya." (Riwayat An Nasa'ie)


MENYELIDIKI DAN MENYEBARKAN RAHSIA ORANG LAIN

Menyelidiki dan menyebarkan rahsia org lain kpd umum, dlm istilah syariat disebut "tajassus" yg bererti membahas atau membincangkan aib dan kecelaan sesama Islam. Perbuatan tersebut adlh dicela dlm Islam dan dikutuk oleh ALLAH s.w.t

Nabi s.a.w mengancam perbuatan tajassus. Daripada Mu'auwiyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "jika engkau selalu menyelidiki kesalahan (aib) kaum muslimin bererti engkau telah merosakkan mereka atau hampir merosakkan mereka". (Riwayat Abu Daud).

Dalam hadis lain Nabi s.a.w bersabda lagi, maksudnya; "Barangsiapa mendengar cerita (keburukan) sesuatu kaum, maka di akhirat kelak Allah akan menuangkan timah (panas) yang telah dicairkan ke dalam telinganya." (Riwayat Bukhari)

Tuesday, August 16, 2011

Tips menghadapi masalah



Dalam kehidupan seseorang tidak akan pernah lepas dari suatu permasalahan. Dan permasalahan pun tidak akan selesai hanya dengan menangis (buat kaum hawa) kekerasan (buat kaum adam). Kerana biasanya seseorang wanita dalam menyelesaikan masalah lebih cenderung menggunakan perasaan sedangkan lelaki menggunakan logik akal. So,jom kita share sedikit tips menghadapi masalah buat kita semua yang sedang menghadapi masalah:

    * Ketika kita mendapatkan masalah cubalah untuk menarik nafas sedalam-dalamnya terlebih dahulu…Lalu ambil lah wudhu,kalau anda mahu..mandilah kerana itu akan lebih refreskan otak anda. Kerana seseorang yang menghadapi masalah tidak dapat berfikir dgn waras tetapi yang ada hanyalah emosi kesedihan, kemarahan, ataupun penyesalan. Setelah itu cubalah anda solat 2 raka’at…Berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan dalam menyelesaikan masalah, jika anda ingin menangis maka menagislah…jika anda ingin menjerit, just do it…jika itu boleh meredakan sedikit bebanan permasalahan itu.
    * Setelah anda berasa lega dan fikiran anda mulai tenang. Cubalah untuk belajar menerima permasalahan itu dengan lapang dada, anggaplah ini ujian dari Allah untuk menguji keimanan kita.
    * Sederhanakanlah permasalahan yang kita hadapi sesederhana mungkin kerana Allah tidak akan memberikan ujian diluar batas kemampuan hamba-Nya.
    * Cubalah untuk santai tapi serius dalam menghadapi masalah.
    * Fikirkan jalan keluar terbaik untuk menghadapi permasalahan, jika anda memerlukan bantuan orang lain jangan segan-segan untuk meminta bantuan. Kerana itu akan meringankan bebanan anda…
    * Jika anda sudah menemukan penyelesaiannya, selesaikan masalah tersebut agar tidak berlarutan, kerana masalah jika didiamkan saja akan menjadi semakin besar.
    * Setelah permasalahan selesai…cubalah bermuhasabah diri, agar anda dapat melihat hikmah dpd permasalahan yang anda hadapi & anda tdk mengulangi kesilapan itu lagi.


sometimes,  dengan adanya masalah, kita akan menjadi seseorang yang belajar untuk lebih dewasa lagi kerana kita ditunutut untuk mencari penyelesaian yang baik dan bijak dalam sesebuah masalah. Janganlah menganggap permasalahan itu adalah suatu musibah besar, cubalah untuk berfikir bahawa masalah yang anda hadapi itu adalah ujian keimanan kita. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan…kerana Allah SWT menciptakan masalah sesuai dengan batas kemampuan umat-Nya.
Adakalanya masalah tidak akan menjadi masalah jika kita menganggapnya bukan masalah… Semoga tips menghadapi masalah ini bermanfaat bagi kita semua ^_^

Sunday, August 7, 2011

Doa untuk sahabat terpilih


Bismillahirahmanirahim..
Ya Allah, kiranya RasulMu hidup bersahabat,
kurniakan jua aku sahabat,
tapi biarlah sahabat dari lorong-lorong yang membenarkanMu,
seperti kebenaran As-Siddiq,
biarlah sahabat dari pintu-pintu ilmu seperti Saidina Ali,

Ya Allah, kiranya semua itu tidak layak buatku,
aku bersyukur dipertemukan sahabat yang satu ini (sesiapa yg sedang baca doa ini),
mungkin padanya letaknya apa yang aku impikan selama ini,
tapi, jika aku seorang sahabat yang tak menghargai,
Kau ampunkanlah dosaku,
dan Kau kurniakanlah kegembiraan dan kebahagiaan kepada sahabatku ini,
sesungguhnya aku tenang dan bahagia melihat sahabat aku ini bahagia.
Amin,Amin Ya Rabbal Alamin....

Friday, August 5, 2011

Senyum la..



Manis wajahmu kulihat di sana,
Apa rahsia yang tersirat,
Tapi zahirnya dapat kulihat,
Mesra wajahmu dengan senyuman.
Senyuman...senyuman
Senyum tanda mesra,
Senyum tanda sayang,
Senyumlah sedekah yang paling mudah,

Senyum di waktu susah,
Tanda ketabahan,
Senyuman itu tanda keimanan.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
 
Hati yang gundah terasa tenang,
Bila melihat senyum hatikan tenang,
Tapi senyumlah seikhlas hati,
Senyuman dari hati jatuh ke hati.
Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah,
Senyumnya bersinar dengan cahaya,
Senyumlah kita hanya kerana Allah,
Itulah senyuman bersedekah.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
 
Itulah sedekah yang paling mudah,
Tiada terasa terhutang budi,
Ikat persahabatan antara kita,
Tapi senyum jangan disalah guna.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Thursday, August 4, 2011

Bijak,Cerdik,pandai TAPI masih rasa ada yg kurang..Kenapa?

assalamualaikum..lame plak rasenye x update blog tersayang nie..
alhamdulillah ari nie ade ksmptn nk post new entri.
kli nie sy nk bercakap soal kenapa seseorang yg telah dikurniakn kepandaian namun masih rase ade yg x lgkp..
ye,,sbg manusia mmg xde sorang pn yg perfect..
so today sy nk share sedikit cerita ttg seorang pelajar No.1 yg dipetik dpd bingkisan program Halaqah Sentuhan Qalbu..ye mungkin ada yg sudah menonton program tersebut.so kalau ada yg kurang or tersalah dlm cerita sy nie anda tlg betulkn ye,,tQ

kisah seorang ank muda yg berusia 23 thn klu x silap sy. seorang hamba Allah yg tlh dikurniakn kepandaian dan kecerdikkan sejak ditadika lg..masyaAllah beruntungnya die..ketika dibangku sekolah beliau sering mendapat straight A's dan selalu m'dpt mrkah 100%..subhanAllah..kejayaannye mendapat perhatian ramai terutama dpd kwn2,guru2 dan saudara mara. kini,walaupun masih muda beliau sudah berjaya menjadi penolong pengasas sebuah organisasi..Allahu Akbar..menurutnya,dia mempunyai visi dan misi utk menjadikan negara ini sebuah negara yg diolah,digarap dan ditadbir berlandaskan al-Quran..alhamdulillah semoga tercapai hasratnya itu.

namun disebalik kejayaannya hari ini,dia mula menyedari akan sesuatu yg kurg dlm jiwanya..setelah bermuhasabah diri akhirnya dia jumpa kekurangan itu..alhamdulillah Allah beri hidayah padanya agr tdk tersasar jauh dr landasan yg betul..katanya,dia berasa kekosongan jiwanya berpunca dpd sikapnya sndiri selama dia mngecapi kejayaan demi kejayaan dlm hidupnya. menurutnya lg..ye mmg dia tergolong dlm golongan yg berilmu,alhamdulillah..tp dia tdk mengamalkn ilmu tersebut..atau dgn kata lain,dia tdk mahu memberi tunjuk ajr kpd kwn2 yg lain krn dia tkut kwn2nya akn lebih pandai dpdnya..jk ada kwn2 yg minta bantuan dlm pelajaran, dia takut utk mengajar mereka..mungkin risau dia tdk lg menjadi pelajar No.1

begitulah kisahnya..tapi alhamdulillah dia cpt sedar dr kesilapannya itu..sesungguhnya pengampunan sentiasa ada utk mereka2 yg mnyedari kekhilafan dan ingin berubah..semoga cerita hamba Allah ini menjadi iktibar utk kita semua..berilmu shj tdk cukup jk kita tdk beramal dan bertaqwa.

p/s  cerita nie bknlah bersifat mengaibkan sesiapa hanya berkongsi cerita utk dijadikan teladan.

salah tafsir jika tdk menilai,
salah pandangan jika tdk nampak.

Monday, August 1, 2011

Kepergianmu ditangisi, Kedatanganmu dinanti



Tak terasa hari masih menjelang
Dan menyisakan semangat juang
Tuk melewati masa panjang
Yang bersemayam tak kan pernah lekang

Ramadhan telah datang
Menghantarkan pesona gemilang
Meraih selongsong harapan
Laksana gemerlapnya bintang-bintang

Marhaban Ya Ramadhan
Telah sampaikan pada sucinya bulan
Dimana segala amal dilipat gandakan
Dan Asma-Mu dikumandangkan

Saturday, July 16, 2011

Ilmu Pelita Hidup ^_^

 

WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA

Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').
Hadis Kedua Puluh
 
20- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).
Hadis yang kedua puluh ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam - lelaki dan perempuan - mempelajari ilmu agama. 
Huraiannya:
Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan
teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain. 
Menurut kitab Al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya-'Ulumuddin" dan Imam Asy-Syafi'i dalam kitabnya "Ar-Risalah" menerangkan;  Bahawa telah sekata alim ulama, tidak harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui lebih dahulu hukum-hukum Allah mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu; - orang yang hendak berjual beli wajib mempelajari hukum Allah mengenainya dan orang yang hendak menyewa,  memberi sewa,  mengupah dan mengambil upah wajib mempelajari hukum Allah mengenainya. Demikian juga orang yang hendak sembahyang wajib mempelajari hukum Allah mengenal sembahyang. Demikian seterusnya segala perkataan yang hendak dikatakan dan segala amal yang hendak dikerjakan. Maka sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah tentu ia telah mentaati Allah dengan dua taat dan sesiapa yang tidak mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu ta telah menderhaka kepada Allah dengan dua kederhakaan; dan sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan tidak beramal mengikutNya, maka ia telah mentaati Allah dengan satu taat dan menderhaka kepadaNya dengan satu kederhakaan.
Sayugia diingat, bahawa ilmu agama itu bukan satu perkara yang mudah didapati bahkan mestilah dipelajari dan diterima dari orang Islam yang betul-betul dan sah ilmunya serta jujur dan adil dalam penyampaiannya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: "Sesungguhnya ilmu yang sah dan muktabar itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan dipelajari dari guru"; bukan semata-mata dari buku-buku, lebih-lebih lagi yang dikarang oleh orang-orang orientalis,  yang kebanyakannya menghidangkan madu bercampur racun.

Friday, July 15, 2011

Jadikan Amalan Harian Kita


Doa Husnul Khatimah ( Baik Akhirnya)

Ertinya: Ya Allah. Jadikanlah sebaik-baik umurku hingga akhirnya dan sebaik-baik perbuatan hingga kesudahannya dan sebaik-baik masaku hingga menjumpainya.
Doa Meminta Tetapkan Imam Dan Islam



Ertinya: Ya Allah! Perbaikilah urusanku, tetapkanlah aku dengan perkataan yang tetap teguh di dunia dan akhirat.



Doa Memperkukuhkan Pemberian Tuhan


 

Ertinya: Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau dari hilangnya nikmat pemberian Engkau dan luputkan kesihatan yang Engkau kurniakan dari datangnya pembalasan seksa Engkau dan dari semua kemurkaan Engkau.


Doa Menghilangkan Marah


Ertinya:Ya Allah! Ampunilah dosaku dan hilangkan marah hatiku dan selamatkanlah aku dari syaitan.

Doa Pembuka Hati

             
Ertinya: Ya Allah! Lapangkanlah hatiku dan mudahkanlah urusanku, lancarkanlah lisanku agar mereka     mengerti perkataanku.                                               

Monday, July 11, 2011

Risiko Tersedak Susu


Kecuaian ibu bapa, pengasuh tak endah teknik penyusuan botol punca tragedi

TIGA kes berbeza membabitkan mangsa berlainan tetapi berkongsi punca sama – kematian akibat tersedak susu. Kejadian itu sudah pasti membimbangkan ramai ibu bapa, khususnya yang terpaksa bergantung harap kepada perkhidmatan pusat jagaan kanak-kanak.
Ibu bapa mana yang dapat menerima berita buruk apabila permata hati yang baru mengenali dunia, hilang sekelip mata. Lebih dikesali, kematian insan tersayang akibat punca yang sememangnya boleh dielakkan andai semua pihak, khususnya yang menjaga bayi berkenaan, lebih bertanggungjawab menjaga bayi itu.
Namun, perlu diingat, kejadian seumpama itu tidak hanya membabitkan pusat jagaan, sebaliknya boleh berlaku di mana-mana. Apalagi ia membabitkan risiko ketika memberi susu botol kepada si kecil berkenaan.
 
Dr Varughese turut mengingatkan, bayi juga tidak hanya berisiko tersedak susu tetapi juga pelbagai jenis makanan lain. Ini seperti kekacang, ketulan daging atau ikan yang dipotong dalam saiz besar atau disediakan dengan tidak sempurna seperti tidak dihancurkan sebaiknya hingga menyukarkan mereka untuk menelan.
Katanya, berbanding orang dewasa, sistem pertahanan tubuh bayi juga belum terbentuk dengan sempurna. Dan bagi kes tersedak susu, ia membabitkan pembentukan ‘cough reflex’ yang belum cukup matang.
‘Cough reflex’ merujuk komponenan sensori dan motor, iaitu sebahagian daripada mekanisme pertahanan badan yang sangat penting. Sistem pertahanan tubuh ini memungkinkan reseptor batuk dalam epithelium di laluan pernafasan sangat sensitif pada stimulasi mekanikal ataupun kimia.
Stimulasi pada reseptor batuk bertindak mengeluarkan bahan asing daripada sistem pernafasan sebelum ia sampai ke paru-paru.
“Keadaan itu menyebabkan bayi sukar untuk mengeluarkan bahan asing atau yang tidak dikehendaki, termasuklah cecair seperti susu daripada tekak.
“Otot mereka masih kecil untuk bertindak sedemikian,” katanya.

Info: Cara betul/teknik menyusu bayi
  • Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.
  • Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
  • Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
  • Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
Perkara perlu dielak
  • Jangan sekali-kali tinggalkan bayi sendirian ketika menyusu.
  • Jangan jadikan bantal atau kusyen sebagai penahan atau penyendal botol susu yang diberi kepada si kecil, sebaliknya pegang botol susu itu.
  • Pantau sesi penyusuan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
  • Jangan pandang remeh pembelian puting susu. Sebaliknya, peka kepada aspek lubang puting itu kerana lubang besar juga berisiko menyebabkan bayi tersedak susu.

Sunday, July 10, 2011

jika Hari ini..

aku berpesan utk diriku dan teman2 sekalian..
dengarkanlah..
Jika hari ini kamu jatuh tersungkur,
bangunlah kembali walaupun kamu terpaksa merangkak,
dan janganlah kamu diam tanpa bergerak..

Jika hari ini kamu sedih dan kesal,
lepaskanlah rasa itu agar ia tdk menguasai kamu,
dan janganlah kamu  terus meratapinya sehinggakan kamu terlupa bhw ada
pelangi yg menanti disebalik hujan panas..

Jika hari ini pintu hatimu tertutup kerana terlalu kecewa,
renggangkanlah sedikit agar kebahagiaan baru bisa menjengah,
dan janganlah kamu lupa bhw 1 pintu tertutup 10 pintu akan dibukakan..

Jika hari ini kamu melakukan kesilapan,
pohonlah & rayulah kemaafan dpd Allah s.w.t
kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,
dan istiqamahlah kamu dalam bertaubat..

Jika hari ini kamu jahil tentang agamamu sendiri,
carilah & tuntutlah ilmu agama dgn segera,
dan amalkanlah ilmu tersebut,
kerana mati itu pasti dan tiada siapa yg mengetahui waktunya,
mungkin sebentar lagi,esok,lusa atau bila2 shj yg dikehendakiNya.

Friday, July 8, 2011

Kisah Untuk Renungan


Ada sebuah kisah untuk renungan bersama,cerita ini terjadi pada zaman Nabi Musa A.S, di dalam sebuah kampung , ada seorang pemuda yang suka mencuri, kerjanya hari-hari mencuri , dia tidak tahu pekerjaan apa yang sesuai untuknya selain mencuri, tetapi selepas dia mencuri dia merintih dengan Tuhan "apalah aku ni Tuhan, asyik mencuri sahaja kerja aku,aku tidak tahu hendak buat kerja lain , yang aku tahu mencuri sahaja" . Begitulah yang terdetik di dalam hati si pencuri ini , hatinya selalu bermain tarik tali dengan nafsunya .

Pada suatu hari , ketika pemuda itu berjalan-jalan dia ternampak Nabi Musa dari jarak yang yang jauh, dia ingin berjumpa dengan Nabi Musa , tapi hatinya sangat malu dengan Nabi Musa " itu Nabi Musa , seorang Nabi, tapi aku seorang pencuri, takkanlah dia hendak bertemu denganku" . Dalam masa yang sama juga ada seorang tua yang kuat Ibadahnya , pagi petang siang malam dia sibuk dengan ibadahnya . Si tua itu cuba mendekati Nabi Musa . Terlihatlah pemuda itu lalu dia berkata perlahan " kalau orang tua itu boleh bertemu Nabi Musa , masakan aku tidak" tapi bila dihampiri si tua itu, dia cuba mempercepatkan langkah kakinya seolah-olah tidak mahu hampir dengan si pemuda pencuri ini , makin pencuri ini hampir dengannya , makin laju meninggalkan pencuri itu.
Si pencuri berasa hairan dengan si tua itu " kenapalah sombong sungguh si tua itu" . Si tua itu mengtahui pemuda itu pencuri , lalu menghidarinya . Sampailah si tua itu bersama si pencuri itu serentak di hadapan Nabi Musa A.S , lantas Nabi Musa terus berkata " Kamu si pencuri , dosa-dosa kamu Allah sudah ampunkan, dan kamu si ahli Ibadah , Ibadah kamu dari dulu sampai sekarang Allah tolak" Si pencuri ini gembiralah bila dikhabarkan demikian, si tua ahli abid itu lemah lututlah mendengar kata-kata Nabi Musa , akhirnya kedua-duanya bertaubat ,dan meninggalkan dosa-dosa yang lampau.

Kesimpulan yang dapat diambil dari cerita ini ialah Rahmat Tuhan amatlah luas , RahmatNya itu mengatasi kemurkaanNya , Si pencuri buat dosa dalam masa yang sama dia membawa rasa-rasa hamba iaitu rasa berdosa,rasa bersalah, rasa lemah,hina, dina tapi si ahli Ibadah dalam dia beribadah dia tidak bawa rasa-rasa hamba,bahkan ibadah dia itu menebalkan lagi mazmumah dia , dia anggap imanyalah yang hebat, iman orang lain iman katak-katak je , rupanya dia tertipu dalam beribadah , dia rasa selamat apabila dia beribadah, sedangkan tujuan utama ibadah ialah menebalkan rasa-rasa hamba dan menajamkan rasa-rasa bertuhan.

Thursday, July 7, 2011

Keinginan Wanita

 
 
Sebenarnya wanita ingin menjadi seseorang yg berkebolehan dalam apa jua bidang bukan kerana ingin menandingi lelaki tetapi dek kerana keinginan yg membuak-buak dalam hati utk menjadi tulang belakang lelaki

Sebenarnya wanita ingin dinobatkan sebagai perwira bukan kerana ingin mencabar kedudukan lelaki tetapi dek kerana keinginan hati utk rasa dihargai oleh lelaki

Sebenarnya wanita ingin mencapai cita-cita yg menggunung tinggi bukan kerana ingin dibanggakan oleh kaum lelaki tetapi dek kerana sifat semulajadi yg ada dalam hati utk rasa dihormati lelaki

Sebenarnya wanita ingin menyumbangkan idea2 yg bernas dalam apa jua bidang bukan kerana ingin mendahului kepandaian lelaki tetapi dek kerana ingin diberikan hak sebagai hamba Allah yg juga wujud di muka bumi ini selain lelaki

Sebenarnya wanita ingin dijadikan suri hidup para lelaki yg beriman bukan kerana memilih jodoh tetapi dek kerana ingin dididik dan diajari utk menjadi seorang wanita yang solehah..namun wanita tetap redha siapa pun jodoh yg telah Allah tentukan utk mereka

Sebenarnya wanita ingin menjadi ibu yg mithali terhadap anak2 mereka bukan kerana ingin menghalang tanggungjawab lelaki sebagai seorang bapa tetapi dek kerana ingin merasakan nikmatnya sebuah keluarga sakinah dan mawaddah

Namun apa jua keinginan wanita selagi mereka bergelar wanita hanyalah semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana ingin mendapatkan simpati lelaki..

 ~ SEKIAN ~

Tuesday, July 5, 2011

Duhai lelaki..Kalau Kau Sayangkan Wanita Itu

Duhai lelaki andai kau sayangkan wanita itu janganlah kau berdua-duaan dengannya sehingga mendatangkan fitnah. Janganlah kau menambah koleksi dosa yg ada dgn melakukan maksiat..
Firman Allah S.W.T..
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."surah al-israk ayat : 32



 Duhai lelaki jika benar kau sayangkan wanita itu,nikahilah dia supaya dia halal utk kau sentuh,halal utk kau sayangi,halal utk kau cintai dan halal jika kamu saling merindui..

Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.

Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku." (Riwayat Bukhari)



Duhai insan yg bergelar lelaki andai kau sayangkan wanita itu janganlah kau menyakiti dan menzaliminya..bukankah wanita itu dijadikan dpd tulang rusukmu dekat dgn hati utk disayangi dan dekat dgn lengan utk dilindungi..jadi mengapa perlu kau menganiayai wanita?
HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186 :
“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka sikapilah para wanita dengan baik.”



Duhai lelaki jika benar kau sayangkan wanita itu,layanilah dia dgn penuh kemesraan setelah dia halal menjadi suri hidupmu..kerana wanita adalah insan yg dijadikan dgn sifat2 kelembutan..jika dia melakukan kesilapan kau bimbinglah dia ke jln yg benar dan jangan pula kau tinggalkannya..berilah mereka kasih sayang yg sepenuhnya..





Duhai lelaki setelah kau bergelar suami dan bapa,jadilah seorang ketua keluarga yg bertanggungjawab dan adil kepada setiap ahli keluargamu..kerana setiap pemimpin akan ditanya Allah kelak,adakah kau menjalankan tanggungjawabmu dgn sempurna?adakah kau adil? maka wajiblah kau menjadi ketua keluarga yg bertanggungjawab mendidik isteri dan anak2mu..binalah sebuah keluarga sakinah dan mawaddah yg diredhai-Nya..insyaAllah