Friday, July 20, 2012

Allah ampunilah aku..




Ahlan wa sahlan ya ramadhan kareem..

Bersyukur pada yang maha Esa sbb masih bagi kita peluang untuk jumpa bulan Ramadhan pada tahun ni, bulan yang penuh keberkatan..marilah kita bersama-sama mengumpul pahala sebanyak-banyaknya dan tingkatkan keimanan kita dengan melakukan ibadah yang sesungguhnya..

Jika sebelum ni kita dah banyak lakukan dosa, jadikan Ramadhan kali ni sebagai permulaan untuk kita bertaubat dan pohon keampunan daripada Allah SWT..sesungguhnya Allah itu maha Pengampun lagi maha Mengasihani..

Ubatilah jiwa kita dengan ilmu agama dan istiqamah dalam beribadat..semoga kita semua bertemu dengan Hidayah Allah di bulan yang penuh barakah ni...

p/s : Jangan sia-siakan kedatangan Ramadhan kali ini kerana mungkin inilah Ramadhan terakhir untuk kita..

Saturday, July 14, 2012

Merawat Hati yang Kecewa

Assalamualaikum semua :)


patah hati? kecewa? derita ditinggalkan? terpaksa melepaskan?

memang tak dapat dinafikan setiap orang akan lalui saat2 mcam ni..ada yang tabah mengharungi dan ada jugak yang tak dapat terima sampai sanggup melakukan perkara2 yang tak sepatutnya..ish3

manusia kan..itulah fitrahnya..

So, based on that saya tiba2 rasa nak kongsi sikit info atau tips pada kawan2 macam mana nak harungi dan tempuhi saat2 getir macam tu ^__^

Tips 1 : ni lah cara yang paling utama sekali bila putus cinta supaya kita tak terlalu lemah..DEKATKAN diri dgn Allah..tapi silapnya manusia, bila susah je ingat Allah, bila senang lupa terus..mungkin inilah inayahNYA..Allah hancurkan hati kita sbb Allah tahu hati2 yang sebegini lah yang mudah utk dekat dan akrab denganNYA..pesanan utk diri sendiri dan jugak kawan2, sentiasalah dekatkan diri dgn Allah tak kira ketika senang atau susah, ketika bahagia atau derita..ingat!!

Tips 2 : ambik masa satu hari je untuk menangis ke..meraung ke..buatlah..tapi jgn pulak buat kat tempat awam..hehehe..carilah tempat yg private contohnya dalam bilik air (sambil bukak paip air supaya org luar x dengar)..kenapa perlu menangis? come on la..kita manusia right? tipulah kalau tak sedih..kecuali lah perpisahan tu memang dinanti2kan..^_^..tapi ingat, satu hari je cukup..jangan melarat-larat pulak..

Tips 3 : jangan sekali-kali dengar lagu sedih, jiwang terlentok-lentok semua :) untuk seminggu dua, haramkan dulu lagu2 macam tu untuk didengar..lebih baik dengar lagu2 rancak atau lebih afdhal perbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W. insyaAllah hati kita akan mudah ceria dan tenang..

Tips 4 : sibukkan diri dengan aktiviti2 harian..buat schedule yang padat for the whole day supaya fikiran kita akan lari jauh dari kenangan yang menyedihkan tu..

Tips 5 : Setiap kali teringatkan si dia yang telah menghancurkan hati kita, cepat2 lah bisikkan dalam hati kata2 semangat..contohnya ;

Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur 
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya aku yang bisa mengubah arah hidup


Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula

Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa
Kini ku berani lebih berdikari
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

panjangnya kata2 ni..hehehe..ni sebenarnya lirik lagu..tapi apa slahnya kalau kita gunakan liriknya sebagai pembakar semangat kan..

ok lah kawan2..selamat mencuba ye ^_^

Sunday, July 8, 2012

Tips Memilih Pasangan





Assalamualaikum..

sebenarnye ramai yang tertanya2 mcm mana kita nak cari pasangan yg boleh membawa kita ke syurga abadi termasuklah saya..yela siapa yang taknak teman hidup yang soleh & solehah kan? kalau tanya rokers2 atau mat or minah rempit pun for sure mereka juga ingin pasangan hidup yg terbaik.

Tips 1 : perkara paling asas sekali kita tengok sama ada pasangan kita or org yg kita suka tu solat atau tak..cukup tak 5 waktu? sebab kalau dia menjaga solatnya in sha Allah yg lain2 pun dia mmpu jaga dgn baik. Kalau dia tak solat better pertimbangkan semula sama ada nak teruskan hubungan tu or tak..ade pepatah mengatakan manusia boleh berubah..yes!! mmg manusia boleh berubah tapi bagi yang taknak ambil risiko, lebih baik jangan teruskan..

Tips 2 : ni mungkin sesuai untuk mereka2 yg sedang hangat bercinta..ketika sedang berjumpa pernah tak ibu pasangan korang tu call dia? then mcm mana reaction dia? adakah " awak sekejap ye ibu saya call, maybe ada hal penting " ATAU " ahh, malas la saya nak layan , ibu saya ni sebok je call time kita dating "  ok dah terang lagi bersuluh..kalau dia jawab mcm yang pertama tu, yes pilih la dia sbb kalau dia layan ibunya dgn baik in sha Allah dia mampu layan kita dgn baik juga..tapi kalau dia jawab mcm yg kedua tu, say good bye je la~~ mcm mana pula kalau dia berlakon dpn kita? tak kan lah selamamya dia boleh berlakon kan? ada masanya dia pasti tunjukkan belangnya.

Tips 3 : ade pasangan yang dah lama bercinta tapi tak tau mcm mana nak uji IQ pasangan kita tentang agama..ok mudah je..waktu nak pergi dating, korang bawaklah Al-Quran bersama then mintak tolong dia ajarkan bacaan dengan tajwid yang betul..takpe kalau dia x dapat ajar time tu tapi percayalah lepas tu dia akan nekad utk belajar tajwid sbb bimbang kita akan tanya lagi dikemudian hari..osem tak? ^_^ hihihi...good trying kay

Tips 4 : bila dah lama bercinta mesti ada gaduh2 kan?betul tak? okay cuba tengok setiap kali pasangan korang marah atau bengang, apa kata2 yang terkeluar dari mulut dia? dan mcm mana pula nadanya? mesti ada yang akan tengking2 atau tinggikan suara dan ada juga yang cool sambil berkata " takpe lah saya taknak besarkan masalah "emm kalau dia jawab macam yg kedua tu memang superb laa..so the decision is in your hand and it's up to you nak teruskan or tak :)

Tips 5 : ok tips ni saya nak fokuskan untuk golongan wanita sahaja..setiap kali bergaduh pernah tak lelaki tu angkat tangan dgn korang?sepak terajang?tumbuk? beruntung la kalau tak pernah..tapi bagi yang pernah, better jangan teruskan niat nak bersama dgnnya sebab kalau belum ada pape ikatan pun dia berani sakiti kita apatah lagi bila dah berkahwin dah ada ikatan yg sah..naudzubillah..

ok lah apa2 pun yg sy tulis kat sini semuanye adalah pendapat saya semata-mata..saya yakin setiap orang ada pendapat tersendiri.. ^_^