Sunday, November 27, 2011

Tips Memilih SAHABAT Menurut Islam














Islam telah menggariskan beberapa syarat yang perlu kerana seseorang
itu akan dinilai melalui siapakah sahabatnya. Seterusnya sahabatnya
dapat menjadi cermin bagi dirinya dan begitulah sebaliknya. Untuk
mencari sahabat yang dapat menjamin kehidupan yang lebih bermakna,
ikutilah syarat-syarat berikut :

a. Hendaklah bersahabat dengan orang yang berakal kerana bersahabat
dengan orang yang jahil atau kurang akal akan menjerumuskan diri
kearah keburukkan seperti seseorang yang sabar akan menjadi cepat
marah atau sebagainya.

b. Hendaklah bersahabat dengan orang yang berakhlak mulia kerana
sahabat yang berakhlak mulia akan menyelamatkan diri kita
sebagaimana pesanan Alqamah kepada anaknya: “Jika engkau ingin
bersahabat, carilah sahabat yang boleh membantu di waktu kesusahan,
yang boleh menyembunyikan keaiban dan kesalahan yang dilakukan, yang
menolong di waktu kesempitan, yang akan membalas kebaikanmu dengan
kebaikan juga, yang membenarkan katamu selagi engkau berkata benar
dan yang akan menyebelahimu apabila berlaku perbalahan”.(mafhum
riwayah) Dan kerana itu jugalah Jaafar As-Siddiq r.a berkata :
“Janganlah engkau bersahabat dengan lima golongan ini iaitu orang
yang banyak berdusta, orang yang kurang akal, orang yang kedekut,
orang yang penakut serta orang yang fasik. (mafhum riwayah)
c. Hendaklah bersahabat dengan orang yang baik hati dan beragama
iaitu tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa
kecil. Islam menegah bersahabat dengan orang yang fasik kerana akan
menyebabkan seseorang itu akan meringankan perbuatan maksiat dan
tidak berusaha menegah perbuatan tersebut apabila berlaku di dalam
masyarakat. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: “Seseorang itu akan
mengikut agama kekasihnya dan mengikut akhlak sahabatnya, maka
tiliklah siapakah yang engkau akan jadikan sahabat dan kekasihmu
itu”. (mafhum hadis)

d. Hendaklah bersahabat dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dilarang
bersahabat dengan ahli bid`ah seperti ahli Muktazilah kerana ia
merosakkan agama, sedangkan berpegang kepada ajaran agama adalah
satu kemestian dan tiada tolak ansur dalam perkara menolak kerosakan
agama ini.

e. Hendaklah bersahabat dengan orang yang tidak condong kepada
kemewahan dunia yang berlebih-lebihan (zuhud). Bersahabat dengan
orang yang hanya memikirkan dunia akan menyebabkan kita melupakan
agama dan kehidupan akan datang di akhirat kelak. Akhirnya akan
memberi kemuliaan di dunia yang tiada kesinambungannya dengan
akhirat.

f. Hendaklah bersahabat dengan orang yang benar, cerdik, amanah dan
banyak berzikir kepada Allah, sebagaimana firman Allah yang
bermaksud :
“Janganlah kamu ikuti orang yang kosong (lalai) hatinya daripada
mengingati. Aku dan orang yang mengikut hawa nafsunya
sahaja”.(mafhum)





2 comments:

  1. syukran ats perkongsian ini
    pe2 pn bersahabat la kerana Allah..
    kte akan ikhlas dalam sgala perihal krna Allah sntiasa bersama..Insya-Allah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    semoga Allah jauhkan kita dpd org2 yg akn merosakkan akidah kita
    Amin..

    ReplyDelete