"Kepada bakal suamiku kelak.."
Aku mencintaimu kerana agamamu,
jika hilang agamamu,
hilanglah cintaku padamu..
BUAT RAKAN-RAKAN REMAJA YG BARU MENGENALI CINTA
ketahuilah, bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yg kerap teruji di alam remaja. dengarilah pesanku, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut kaumiliki..
"kalau suka, jumpalah ibu bapa.
sayangnya tiada yg berani, tanda tak bersedia.
kalau tak sedia, kenapa nak bercinta?
bukankah itu pintu zina semata-mata?
Nauzubillah..
Aku berazam membangkitkan mereka
daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman
dengan sebuah prinsip & ketegasan"
TIADA CINTA SEBELUM KAHWIN
Tiada rahsia untukku terus gagah berdiri, menepis dugaan cinta lelaki, melainkan pada sebuah prinsip yg merantai diri..
"Cinta hanya untuk suami, takkan kukongsi"
Cinta yg bertandang di lubuk hati itu fitrah, namun apabila ia disusuli tindak-tanduk yg tidak ALLAH redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah.
Allah s.w.t. memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan.
Justeru, untuk apa kita menikmati cinta sebelum perkahwinan? bimbang ia jadi tawar dan hambar.
Hilang barakah, hilanglah kemanisan.
Dalam sebuah hadis yg bermaksud:
" sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yg syahid"
(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami)
SAJAK BUAT BAKAL SUAMI
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yg
mencintai orang yg kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yg
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh
yg ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yg
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yg Kau berikan kepadaku..
No comments:
Post a Comment