Saturday, July 16, 2011

Ilmu Pelita Hidup ^_^

 

WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA

Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').
Hadis Kedua Puluh
 
20- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).
Hadis yang kedua puluh ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam - lelaki dan perempuan - mempelajari ilmu agama. 
Huraiannya:
Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan
teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain. 
Menurut kitab Al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya-'Ulumuddin" dan Imam Asy-Syafi'i dalam kitabnya "Ar-Risalah" menerangkan;  Bahawa telah sekata alim ulama, tidak harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui lebih dahulu hukum-hukum Allah mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu; - orang yang hendak berjual beli wajib mempelajari hukum Allah mengenainya dan orang yang hendak menyewa,  memberi sewa,  mengupah dan mengambil upah wajib mempelajari hukum Allah mengenainya. Demikian juga orang yang hendak sembahyang wajib mempelajari hukum Allah mengenal sembahyang. Demikian seterusnya segala perkataan yang hendak dikatakan dan segala amal yang hendak dikerjakan. Maka sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah tentu ia telah mentaati Allah dengan dua taat dan sesiapa yang tidak mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu ta telah menderhaka kepada Allah dengan dua kederhakaan; dan sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan tidak beramal mengikutNya, maka ia telah mentaati Allah dengan satu taat dan menderhaka kepadaNya dengan satu kederhakaan.
Sayugia diingat, bahawa ilmu agama itu bukan satu perkara yang mudah didapati bahkan mestilah dipelajari dan diterima dari orang Islam yang betul-betul dan sah ilmunya serta jujur dan adil dalam penyampaiannya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: "Sesungguhnya ilmu yang sah dan muktabar itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan dipelajari dari guru"; bukan semata-mata dari buku-buku, lebih-lebih lagi yang dikarang oleh orang-orang orientalis,  yang kebanyakannya menghidangkan madu bercampur racun.

Friday, July 15, 2011

Jadikan Amalan Harian Kita


Doa Husnul Khatimah ( Baik Akhirnya)

Ertinya: Ya Allah. Jadikanlah sebaik-baik umurku hingga akhirnya dan sebaik-baik perbuatan hingga kesudahannya dan sebaik-baik masaku hingga menjumpainya.
Doa Meminta Tetapkan Imam Dan Islam



Ertinya: Ya Allah! Perbaikilah urusanku, tetapkanlah aku dengan perkataan yang tetap teguh di dunia dan akhirat.



Doa Memperkukuhkan Pemberian Tuhan


 

Ertinya: Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau dari hilangnya nikmat pemberian Engkau dan luputkan kesihatan yang Engkau kurniakan dari datangnya pembalasan seksa Engkau dan dari semua kemurkaan Engkau.


Doa Menghilangkan Marah


Ertinya:Ya Allah! Ampunilah dosaku dan hilangkan marah hatiku dan selamatkanlah aku dari syaitan.

Doa Pembuka Hati

             
Ertinya: Ya Allah! Lapangkanlah hatiku dan mudahkanlah urusanku, lancarkanlah lisanku agar mereka     mengerti perkataanku.                                               

Monday, July 11, 2011

Risiko Tersedak Susu


Kecuaian ibu bapa, pengasuh tak endah teknik penyusuan botol punca tragedi

TIGA kes berbeza membabitkan mangsa berlainan tetapi berkongsi punca sama – kematian akibat tersedak susu. Kejadian itu sudah pasti membimbangkan ramai ibu bapa, khususnya yang terpaksa bergantung harap kepada perkhidmatan pusat jagaan kanak-kanak.
Ibu bapa mana yang dapat menerima berita buruk apabila permata hati yang baru mengenali dunia, hilang sekelip mata. Lebih dikesali, kematian insan tersayang akibat punca yang sememangnya boleh dielakkan andai semua pihak, khususnya yang menjaga bayi berkenaan, lebih bertanggungjawab menjaga bayi itu.
Namun, perlu diingat, kejadian seumpama itu tidak hanya membabitkan pusat jagaan, sebaliknya boleh berlaku di mana-mana. Apalagi ia membabitkan risiko ketika memberi susu botol kepada si kecil berkenaan.
 
Dr Varughese turut mengingatkan, bayi juga tidak hanya berisiko tersedak susu tetapi juga pelbagai jenis makanan lain. Ini seperti kekacang, ketulan daging atau ikan yang dipotong dalam saiz besar atau disediakan dengan tidak sempurna seperti tidak dihancurkan sebaiknya hingga menyukarkan mereka untuk menelan.
Katanya, berbanding orang dewasa, sistem pertahanan tubuh bayi juga belum terbentuk dengan sempurna. Dan bagi kes tersedak susu, ia membabitkan pembentukan ‘cough reflex’ yang belum cukup matang.
‘Cough reflex’ merujuk komponenan sensori dan motor, iaitu sebahagian daripada mekanisme pertahanan badan yang sangat penting. Sistem pertahanan tubuh ini memungkinkan reseptor batuk dalam epithelium di laluan pernafasan sangat sensitif pada stimulasi mekanikal ataupun kimia.
Stimulasi pada reseptor batuk bertindak mengeluarkan bahan asing daripada sistem pernafasan sebelum ia sampai ke paru-paru.
“Keadaan itu menyebabkan bayi sukar untuk mengeluarkan bahan asing atau yang tidak dikehendaki, termasuklah cecair seperti susu daripada tekak.
“Otot mereka masih kecil untuk bertindak sedemikian,” katanya.

Info: Cara betul/teknik menyusu bayi
  • Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.
  • Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
  • Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
  • Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
Perkara perlu dielak
  • Jangan sekali-kali tinggalkan bayi sendirian ketika menyusu.
  • Jangan jadikan bantal atau kusyen sebagai penahan atau penyendal botol susu yang diberi kepada si kecil, sebaliknya pegang botol susu itu.
  • Pantau sesi penyusuan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
  • Jangan pandang remeh pembelian puting susu. Sebaliknya, peka kepada aspek lubang puting itu kerana lubang besar juga berisiko menyebabkan bayi tersedak susu.

Sunday, July 10, 2011

jika Hari ini..

aku berpesan utk diriku dan teman2 sekalian..
dengarkanlah..
Jika hari ini kamu jatuh tersungkur,
bangunlah kembali walaupun kamu terpaksa merangkak,
dan janganlah kamu diam tanpa bergerak..

Jika hari ini kamu sedih dan kesal,
lepaskanlah rasa itu agar ia tdk menguasai kamu,
dan janganlah kamu  terus meratapinya sehinggakan kamu terlupa bhw ada
pelangi yg menanti disebalik hujan panas..

Jika hari ini pintu hatimu tertutup kerana terlalu kecewa,
renggangkanlah sedikit agar kebahagiaan baru bisa menjengah,
dan janganlah kamu lupa bhw 1 pintu tertutup 10 pintu akan dibukakan..

Jika hari ini kamu melakukan kesilapan,
pohonlah & rayulah kemaafan dpd Allah s.w.t
kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,
dan istiqamahlah kamu dalam bertaubat..

Jika hari ini kamu jahil tentang agamamu sendiri,
carilah & tuntutlah ilmu agama dgn segera,
dan amalkanlah ilmu tersebut,
kerana mati itu pasti dan tiada siapa yg mengetahui waktunya,
mungkin sebentar lagi,esok,lusa atau bila2 shj yg dikehendakiNya.

Friday, July 8, 2011

Kisah Untuk Renungan


Ada sebuah kisah untuk renungan bersama,cerita ini terjadi pada zaman Nabi Musa A.S, di dalam sebuah kampung , ada seorang pemuda yang suka mencuri, kerjanya hari-hari mencuri , dia tidak tahu pekerjaan apa yang sesuai untuknya selain mencuri, tetapi selepas dia mencuri dia merintih dengan Tuhan "apalah aku ni Tuhan, asyik mencuri sahaja kerja aku,aku tidak tahu hendak buat kerja lain , yang aku tahu mencuri sahaja" . Begitulah yang terdetik di dalam hati si pencuri ini , hatinya selalu bermain tarik tali dengan nafsunya .

Pada suatu hari , ketika pemuda itu berjalan-jalan dia ternampak Nabi Musa dari jarak yang yang jauh, dia ingin berjumpa dengan Nabi Musa , tapi hatinya sangat malu dengan Nabi Musa " itu Nabi Musa , seorang Nabi, tapi aku seorang pencuri, takkanlah dia hendak bertemu denganku" . Dalam masa yang sama juga ada seorang tua yang kuat Ibadahnya , pagi petang siang malam dia sibuk dengan ibadahnya . Si tua itu cuba mendekati Nabi Musa . Terlihatlah pemuda itu lalu dia berkata perlahan " kalau orang tua itu boleh bertemu Nabi Musa , masakan aku tidak" tapi bila dihampiri si tua itu, dia cuba mempercepatkan langkah kakinya seolah-olah tidak mahu hampir dengan si pemuda pencuri ini , makin pencuri ini hampir dengannya , makin laju meninggalkan pencuri itu.
Si pencuri berasa hairan dengan si tua itu " kenapalah sombong sungguh si tua itu" . Si tua itu mengtahui pemuda itu pencuri , lalu menghidarinya . Sampailah si tua itu bersama si pencuri itu serentak di hadapan Nabi Musa A.S , lantas Nabi Musa terus berkata " Kamu si pencuri , dosa-dosa kamu Allah sudah ampunkan, dan kamu si ahli Ibadah , Ibadah kamu dari dulu sampai sekarang Allah tolak" Si pencuri ini gembiralah bila dikhabarkan demikian, si tua ahli abid itu lemah lututlah mendengar kata-kata Nabi Musa , akhirnya kedua-duanya bertaubat ,dan meninggalkan dosa-dosa yang lampau.

Kesimpulan yang dapat diambil dari cerita ini ialah Rahmat Tuhan amatlah luas , RahmatNya itu mengatasi kemurkaanNya , Si pencuri buat dosa dalam masa yang sama dia membawa rasa-rasa hamba iaitu rasa berdosa,rasa bersalah, rasa lemah,hina, dina tapi si ahli Ibadah dalam dia beribadah dia tidak bawa rasa-rasa hamba,bahkan ibadah dia itu menebalkan lagi mazmumah dia , dia anggap imanyalah yang hebat, iman orang lain iman katak-katak je , rupanya dia tertipu dalam beribadah , dia rasa selamat apabila dia beribadah, sedangkan tujuan utama ibadah ialah menebalkan rasa-rasa hamba dan menajamkan rasa-rasa bertuhan.

Thursday, July 7, 2011

Keinginan Wanita

 
 
Sebenarnya wanita ingin menjadi seseorang yg berkebolehan dalam apa jua bidang bukan kerana ingin menandingi lelaki tetapi dek kerana keinginan yg membuak-buak dalam hati utk menjadi tulang belakang lelaki

Sebenarnya wanita ingin dinobatkan sebagai perwira bukan kerana ingin mencabar kedudukan lelaki tetapi dek kerana keinginan hati utk rasa dihargai oleh lelaki

Sebenarnya wanita ingin mencapai cita-cita yg menggunung tinggi bukan kerana ingin dibanggakan oleh kaum lelaki tetapi dek kerana sifat semulajadi yg ada dalam hati utk rasa dihormati lelaki

Sebenarnya wanita ingin menyumbangkan idea2 yg bernas dalam apa jua bidang bukan kerana ingin mendahului kepandaian lelaki tetapi dek kerana ingin diberikan hak sebagai hamba Allah yg juga wujud di muka bumi ini selain lelaki

Sebenarnya wanita ingin dijadikan suri hidup para lelaki yg beriman bukan kerana memilih jodoh tetapi dek kerana ingin dididik dan diajari utk menjadi seorang wanita yang solehah..namun wanita tetap redha siapa pun jodoh yg telah Allah tentukan utk mereka

Sebenarnya wanita ingin menjadi ibu yg mithali terhadap anak2 mereka bukan kerana ingin menghalang tanggungjawab lelaki sebagai seorang bapa tetapi dek kerana ingin merasakan nikmatnya sebuah keluarga sakinah dan mawaddah

Namun apa jua keinginan wanita selagi mereka bergelar wanita hanyalah semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana ingin mendapatkan simpati lelaki..

 ~ SEKIAN ~

Tuesday, July 5, 2011

Duhai lelaki..Kalau Kau Sayangkan Wanita Itu

Duhai lelaki andai kau sayangkan wanita itu janganlah kau berdua-duaan dengannya sehingga mendatangkan fitnah. Janganlah kau menambah koleksi dosa yg ada dgn melakukan maksiat..
Firman Allah S.W.T..
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."surah al-israk ayat : 32



 Duhai lelaki jika benar kau sayangkan wanita itu,nikahilah dia supaya dia halal utk kau sentuh,halal utk kau sayangi,halal utk kau cintai dan halal jika kamu saling merindui..

Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.

Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku." (Riwayat Bukhari)



Duhai insan yg bergelar lelaki andai kau sayangkan wanita itu janganlah kau menyakiti dan menzaliminya..bukankah wanita itu dijadikan dpd tulang rusukmu dekat dgn hati utk disayangi dan dekat dgn lengan utk dilindungi..jadi mengapa perlu kau menganiayai wanita?
HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186 :
“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka sikapilah para wanita dengan baik.”



Duhai lelaki jika benar kau sayangkan wanita itu,layanilah dia dgn penuh kemesraan setelah dia halal menjadi suri hidupmu..kerana wanita adalah insan yg dijadikan dgn sifat2 kelembutan..jika dia melakukan kesilapan kau bimbinglah dia ke jln yg benar dan jangan pula kau tinggalkannya..berilah mereka kasih sayang yg sepenuhnya..





Duhai lelaki setelah kau bergelar suami dan bapa,jadilah seorang ketua keluarga yg bertanggungjawab dan adil kepada setiap ahli keluargamu..kerana setiap pemimpin akan ditanya Allah kelak,adakah kau menjalankan tanggungjawabmu dgn sempurna?adakah kau adil? maka wajiblah kau menjadi ketua keluarga yg bertanggungjawab mendidik isteri dan anak2mu..binalah sebuah keluarga sakinah dan mawaddah yg diredhai-Nya..insyaAllah



Sahabat...Kau Tidak Dihargai?


Sahabat,kenapa kau menangis sendirian
sehingga membuatkan aku kegelisahan
melihat dirimu sebegitu rupa diperlakukan
tidak seperti apa yg kau inginkan

Sahabat,jangan sesekali kau berputus asa
walau banyak perkara yg kau terasa
inilah namanya kehidupan dunia
apa yg kita lakukan x semestinya mereka suka

biarlah mereka mencaci menghina
asalkan kau tidak membalasnya
panjatkanlah doa pada yg Maha Esa
kerna DIA sentiasa bersama hambaNya yg teraniaya

Di sini aku berpesan duhai sahabat
mengaibkan orang bukanlah perbuatan yg hebat
berkata sinis jangan dibuat
jangan memperlihatkan hati yg tdk sihat

Jika kini hatimu rebah
kuatkanlah iman jangan berubah
bangun berdiri teruskan langkah
bersujudlah kamu di atas sejadah
minta agar Allah memberi kau barakah
supaya hatimu kembali gagah

Sahabat,andai semua pergi tinggalkanmu
ingatlah aku tetap bersamamu
kau berduka aku penghiburmu
walau beribu dugaan bertamu
aku sentiasa di sisimu

Memang adat hidup begini
seribu kebaikkan x pernah dihargai
namun hanya satu kesilapan sudah ada yg benci
terkadang aku merasakan ini
apakah mereka sempurna serba serbi?

Biarkan andai mereka menghakimi
usah kau gentar di dalam hati
biarkan mereka andai tdk memahami
cukuplah Allah yang Maha mengerti

Sahabat,aku yakin hatimu lembut
usailah segala perkara yg serabut
jangan sesekali kau bikin ribut
biarkan mereka berkata yg tdk patut
asalkan kau tdk ikut

Sahabat,hayati pesananku ini
walau hati acap kali disakiti
ingatlah Allah sentiasa menemani
aku juga ada di sisi
maafkanlah mereka yg menyakiti
pasti damai hatimu nanti.. ^_^

Sunday, July 3, 2011

Tiga Cerita Menarik

CERITA 1

rm1.jpg
rm5.jpg
Duit seringgit telah bertemu dengan lima ringgit dan bertanya:
“Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?”
Lima ringgit menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M’sianIdol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”
Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.

Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat masjid
Or surau, tambah la sikit..


CERITA 2
cow1.gif
yellowdog.gif
Antara Pegang Awek & Pegang Anjing
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata
“hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah .. ayat ko memang power la…

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan
bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh
anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).
Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi,
menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


CERiTA 3
tembikai.JPG
Terdidik Kerana Sebiji Tembikai
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq
Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai
itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan
marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah
tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada
barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli
barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap
hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau
tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.
Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah
dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

p/s : copied from Syed Ashadi @ Wordpress

Hanya Ingin Mengingatkan..

kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak 5 kali
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca   Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
        Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

         Ada 4 di pandang sebagai ibu “, iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur’an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

         p/s:marilah kita berfikir sejenak & selamat beramal ^_^