Saturday, January 26, 2013

Jangan Mudah Berkecil Hati


"Sesiapa berupaya menahan kemarahan, 
 bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah."

Nabi Muhammad bersabda: 
"Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, 
sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah."
(Hadis riwayat Bukhari).




nasihat untuk diri sendiri terutamanya dan untuk kawan2 umumnya.. :)


Cubalah memaafkan apabila hati sudah terguris.. 
Lupakanlah yang hati kita pernah disakiti... 
Bertenanglah dan usahlah berdendam apabila diri dihina sedemikian rupa..
Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuklah diri kita. 
Apakah kita jamin yang kita tidak pernah dan tidak akan membuat salah dan silap? 
Jika sesuatu perkara yang tidak diingini telah menimpa diri kita, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri?Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya.
Bila orang buat salah dengan kita, selidiklah dahulu apakah dosa yang kita telah lakukan sebelum ini sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuaian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'Aku memang patut dihukum!' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita itu hanyalah sebagai perantaraan sahaja. 
Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.

Wallahualam..


No comments:

Post a Comment